Saturday, January 22, 2011

Le tour

Pagi semua. Kepada yang menyambut Thaipusam, selamat menyambut hari raya awak yer =)
sori lambat wish pulak.
Tapi rasa nak marahh, kenapa melaka tak hambik cuti thaipusam ? cis cis. tapi tak mengapa. Tolong ingatkan aku cuti chinese new year tak lama lagi. Lagipun ada rumors yang mengatakan Uitm akan buat system baru. Dipendekkan cerita, sem break ni 4 bulan la cuti. *sila jealous sekarang* hehee

Since this is my last semester for Diploma, i dont really care about ze sem breaks. All i wanna do is Le tour de Malacca. Haha. majoriti akak akak abang abang part 6 ni rata rata mempunyai hajat yang serupa. Sebelum ni tengok wayang, makan roti nan marvelous lepastu balik. Padahal melaka ni tempat bersejarah, confirm confirm banyak tempat menarik untuk dikunjungi. 


Tanpa membebel panjang, jum kita skip terus ke tempat tempat menarik. Jonker walk street antara yang ter hot dekat melaka ni. Jonker walk street ni macam pasar cina yang menjual pelbagai jenis barang2. As for me, i bought my childhood game there! snap card, old maid card , donkey card and stick yang color tu. bring back memories kan? Tapi hargaa dia cekik darah sikit lah, rm2 satu. 




Kalau dalam hati ada taman .. eh silap. kalau rasa berkenan dalam hati. marilah datang melaka.  Jonker walk street available from friday - sunday. Niat di hati nak jadi tourist guide tapi tak berapa  kuat dah memori dia bukak pukul berapa. yang pasti tutup around 11 macamtu. 


Bila dah berjalan jalan mesti perut pun turut sama berasa penat lalu mendendangkan beberapa buah lagu bruno mars. Jum kita terjahhhh tempat makan best kat melaka pulak? Kira ni tempat yang saya and the gang selalu pergi lah. sampaikan si boyfie dah mesra alam dengan waiter2 kat situ. 


Nama diberi Pak Putra Restaurant, tempat dilahirkan tak jauh dari jonker walk street. Kedai dibuka petang sampai 2 -3 pagi. * baca dengan nada nak berpantun*  Kedai ni tiptop dengan pelbagai jenis perisa roti nan, ayam tandoori dan juga air barbican. Ini antara menu yang terhangat di pasaran je lah, menu lain pun ada juga. *Tapi kalau nak pekena ayam tandoori kena la datang awal sebab ayam cepat habis*


Baju kuning tu tauke besar dia =) 


proses pembuatan roti nan


Ayam tandoori * meleleh air liurr* 

another side dish , spinash nama dia. boleh jadi popeye terus


Nama pun melaka bandaraya bersejarah kan. so memang berduyun duyun lah museum kalau nak tau. Antara yang saya dah pergi muzium Istana Melaka. naiss lah jugak.
*gambar semuaa belum upload lagi. later ok? *



yang ini pula church x silap saya. St Paul church. Dalam tu banyak gila hantu. hoi mulutt! banyak kubur kubur orang lama.


Setakat ni sajaa yang boleh upload. yang lain bukan taknak cerita, tapi kalau semua cerita dalam 1 entri mesti korang pun muntah darah nak baca. nekstaim saya update lagi.


chiow sin ci.