Saturday, February 19, 2011

PiDi with ze housemate

Hello guys. here i am again, to write some piece of story about things that happened around me. In this entry, maybe i'll write less and put loads of pictures. Lets picture do the talking.
what picturee ? what talking?  to make it clear, last weekend, me and ze housemate went to Port Dickson to release tension. Not really to release tension but for a vacation. cehcehh.

We rent up an apartment ( Marina ) there for only 2 days and 1 night due to the short weekend. Lepastu sampai sampai je dah nak bersumo dengan owner apartment tu. * okay lupa pulak. tiba2 je switch language without bagi warning, tukar language sebab cerita lepas ni lebih sedap dengar dalam bahasa ibunda kita * Ha ok kembali kepada kisah tadi, sampai sampai dekat Marina apartment tu, check in seperti biasa. 

Kalau dah congak tambah tolak semua , 7 orang lah yang mengikuti rombongan cek kiah ni. Konvoi 2 kereta pergi PD. Nak sumbat 1 kereta kalau boleh , tapi apakah daya sorang pun tak bawak kereta Alza ataupun Unser. Bila owner tu nampak kitaorang ni muda muda macam budak hingusan mulalah dia nak pancing sana sini. 

Owner tu kata polisi tempat dia , 1 rumah tu 3 orang sahaja boleh sumbat. Padahal rumah tu besar. i tell you. Nasiblah kitaorang ni bawak big sister ikut sekali. So kitaorang cakap kereta 1 lagi tu akan balik malam ni. and owner tu pun setuju lepastu siap cakap lagi, malam ni pukul 8pm dia datang buat spotcheck. lol. Lepas dah habis berperang mulut dengan owner tu kitaorang pun parking and angkut semua barang2 naik bilik. 

Tiba tiba one of us yang uruskan check in tadi dapat incoming call dari owner tu. teka la teka la apa yang owner tu cakap. haa dah teka? Dia cakap kenapa macam semua 7 orang sekali bawak barang naik atas. GILA STALKER! Lepastu macam biasa cakap 8pm baru nak chiow. 
bla bla bla bla... malam tu pukul 8pm dia takpun naik wat spotcheck. gertak je lebih. cehh. buat hilang mood je awal awal datang. 

Dont waste our time by reading all blabbering about that setupid owner. lets take a look at the pictures. 














Muka shida terharu dapat kek. hehe

Kepenatan ..


The end. till then, stay tuned. 
Tiba tiba realized something, tadi kat atas kata nak write less kan? tapi banyak pulak perenggan. Ni dah kira bukan rumusan, ni dah cerita panjang yang mesti melebihi 350 perkataan. haha. =p

Tuesday, February 1, 2011

Just so u know

Semalam dah kongsi sesuatu. Hari ini ....  kau datang riang , eh ternyanyi pulak, bila suruh karaoke malu malu meow. Okay hari ini rasa rasa nak berkongsi pendapat. macam poyo je bunyi dia kan. Ini hanya pendapat sahaja okay. Takut nanti ada pulak yang kata perasan bagus. 

Dolu-dolu kala saya ada jugak taruk lagu dekat blog saya ni. Dengan niat nak memeriahkan blog yang kusam ni. Dari lagu Mike posner kemudian tukar rentak ke Auburn. Lepastu tetiba tersentap bila baca blog ezhan  ni. Okay tipu la bukan sentap tapi betul apa yang dia kata. 


Ada baik dan buruk pasang lagu dekat blog ni. saya tak ingat mana 1 entri dia. banyak sangat. Dekat blog ezhan ni banyakk gila lembu (asek gune vavi je kan) tutorial dan juga tips. so silalah belek belek blog dia. Haa okay sambung cerita, lepas da baca tips pasal 'pasang lagu dekat blog' tu terussss delete code lagu. Haha.
Bukan ape, memang kadang2 bila lagu dekat blog orang tu best kita akan kerap view blog dia kan.? Tapi bayangkan la mood tengah jiwa kacau pastu keluar pulak lagu yang tiba tiba, lepastu gagah nak cari mana player dia supaya boleh tekan button pause. itupun kalau tuan empunya blog tak hide player tu. kalau hide dah terus hilang mood si pembaca tadi. 

Mungkin juga sesetengah orang akan memainkan beberapa buah lagu dekat wmp (window media player) sendiri. * ceh ayat da macam pembaca berita tb1 dah* =p So tengah sesedap layan lagu yang dibuka sambil nak baca blog , tiba tiba lagu yang dekat blog tu kelua. haa kan dah potong stimm ajaa. duhh. 

Amaran keras : ini hanyalah pendapat semata mata. tak ade kene mengena dengan kau, kamu , awak dan you. 

saya akhiri kata dengan assalamualaikum wbt.
peace no war (:

Saturday, January 22, 2011

Le tour

Pagi semua. Kepada yang menyambut Thaipusam, selamat menyambut hari raya awak yer =)
sori lambat wish pulak.
Tapi rasa nak marahh, kenapa melaka tak hambik cuti thaipusam ? cis cis. tapi tak mengapa. Tolong ingatkan aku cuti chinese new year tak lama lagi. Lagipun ada rumors yang mengatakan Uitm akan buat system baru. Dipendekkan cerita, sem break ni 4 bulan la cuti. *sila jealous sekarang* hehee

Since this is my last semester for Diploma, i dont really care about ze sem breaks. All i wanna do is Le tour de Malacca. Haha. majoriti akak akak abang abang part 6 ni rata rata mempunyai hajat yang serupa. Sebelum ni tengok wayang, makan roti nan marvelous lepastu balik. Padahal melaka ni tempat bersejarah, confirm confirm banyak tempat menarik untuk dikunjungi. 


Tanpa membebel panjang, jum kita skip terus ke tempat tempat menarik. Jonker walk street antara yang ter hot dekat melaka ni. Jonker walk street ni macam pasar cina yang menjual pelbagai jenis barang2. As for me, i bought my childhood game there! snap card, old maid card , donkey card and stick yang color tu. bring back memories kan? Tapi hargaa dia cekik darah sikit lah, rm2 satu. 




Kalau dalam hati ada taman .. eh silap. kalau rasa berkenan dalam hati. marilah datang melaka.  Jonker walk street available from friday - sunday. Niat di hati nak jadi tourist guide tapi tak berapa  kuat dah memori dia bukak pukul berapa. yang pasti tutup around 11 macamtu. 


Bila dah berjalan jalan mesti perut pun turut sama berasa penat lalu mendendangkan beberapa buah lagu bruno mars. Jum kita terjahhhh tempat makan best kat melaka pulak? Kira ni tempat yang saya and the gang selalu pergi lah. sampaikan si boyfie dah mesra alam dengan waiter2 kat situ. 


Nama diberi Pak Putra Restaurant, tempat dilahirkan tak jauh dari jonker walk street. Kedai dibuka petang sampai 2 -3 pagi. * baca dengan nada nak berpantun*  Kedai ni tiptop dengan pelbagai jenis perisa roti nan, ayam tandoori dan juga air barbican. Ini antara menu yang terhangat di pasaran je lah, menu lain pun ada juga. *Tapi kalau nak pekena ayam tandoori kena la datang awal sebab ayam cepat habis*


Baju kuning tu tauke besar dia =) 


proses pembuatan roti nan


Ayam tandoori * meleleh air liurr* 

another side dish , spinash nama dia. boleh jadi popeye terus


Nama pun melaka bandaraya bersejarah kan. so memang berduyun duyun lah museum kalau nak tau. Antara yang saya dah pergi muzium Istana Melaka. naiss lah jugak.
*gambar semuaa belum upload lagi. later ok? *



yang ini pula church x silap saya. St Paul church. Dalam tu banyak gila hantu. hoi mulutt! banyak kubur kubur orang lama.


Setakat ni sajaa yang boleh upload. yang lain bukan taknak cerita, tapi kalau semua cerita dalam 1 entri mesti korang pun muntah darah nak baca. nekstaim saya update lagi.


chiow sin ci. 









Wednesday, January 12, 2011

Hijab

Di petang khamis yang bosan ini, sedang saya meng goggle bahan untuk business plan ETR,   menggodek godek blogger blogger yang tidak asing lagi *ceywah* , tiba tiba rasa sangat tertarik tarik bagaikan ada magnet dengan wanita / gadis yang memakai hijab. seriously. They're all cute and prettayyy. *menutup aurat ofcourse* =)


Mungkin ramai yang dah kenal dengan Hana Tajima. Tapi saya introduce sikit pasal dia. *just in case ada yang masih lompat lompat  ingin tahu * Hana Tajima ni campuran British Japanese, juga seorang designer yang juga sudah convert islam 5 tahun yang lepas. Nak tau bila Hana tajima mula pakai hijab ? 


1. Tell us the moment you decide to wear hijab ?

I started wearing the hijab the day I took my shahada. I came to Islam in a really natural way and it was all a part of that. On a personal level it was a good way to distinguish what had gone before in my life, to what was in front of me.

nak tahu lebih lanjut tentang interview dengan si cantik manis ni? click sini

Rasa tercabar kan tengok bangsa asing pun boleh martabatkan hijab tu. kita bila lagi? *insyaallah one day* 

Selain Hana tajima ni , saya suka sangat sangat tengok gaya si nurul comel nih. The next hana tajima maybe? =)  Sangat confidence dengan gayanya. nak sikit confidence level awak boleh? ;)  oh yaa tak kurang juga kawan saya seorang ni, Lina Jalil. Cantik cantik cantik. check it out (:



Semester akhir

Lama rasanya tak merapu meraban dekat sini. well, as you know, new semester just started and this is my last semester for diploma *screammmm*! Cepat rasanya masa berlalu, sekejap je dah nak habis dan umur pun dah menjangkau duapuluhsatu. muda lagi kan? * angguk cepat* 

Semester akhir ni ada 5 subjek je. amboi bukan main '5 subjek je'. okay tukar sentence. sem akhir ni ada LIMA subjek kot nak kena cover. oh em gee. haha. okaylah apa apa pun. sem kali ni tak silap saya ada 2 presentation penting. Bayangkanlah minggu kedua pun dah start buat sikit sikit untuk presentation tu. Dah takdapat nak honeymoon macam sem sem sebelum. too bad. 

Tapi tak kisahh, sebab kita dah nak grad. tak sabar rasanya. Dari dulu berangan bila grad nanti nak main baling baling topi masa graduation day tu nanti. okay pengaruh cerita omputeh sangat nih =_=



Saturday, January 1, 2011

Khairul Fahmi Che Mat

Mesti semua dah kenal pun dengan nama mamat si khairul Fahmi Che mat ni kan? yes penjaga gol cekap Malaysia. Syabas Pasukan Bola sepak Malaysia sebab anda telah berjayaa menewaskan Pasukan lawan. Eh tapi asal nama tajuk post ni tak letak 'suzuki cup 2010' ataupun 'Tahniah pasukan malaysia' ? asal kau nak letak nama mamat jepun wannabe handsome ni jugak? cis. saja je letak nama dia, baru market sikit , kebetulan market dia tengah melonjak naik sekarang ni. kalah bursa saham kat tv3 tu =p

*Malaysia yang punya tau (sambil buat muka bangga hidung kembang kempis) after 14 years kan? fuhh penantian berakhir. alhamdulillah*

Bak kata zainal abidin dalam rancangan nasi lemak kopi 'o ' saya suka pemain khairul fahmi sebab muka macam jepun kan, lepastu main macam omputeh' 

 Muka jepun kan abe kelate kita ni.

So kiranya lepas ni tak perlu lah nak gila bayang kat christiano ronaldo ataupun Beckham. Pemain negara kita sendiri ada juga yang berbakat. ehem. TAPI,  fahmi ni dah berpunya ye =) 
Bila tengok blog orang lain semuaaaa cerita pasal fahmi. Safee sali pun apa kurangnya kan kan? *angkat kening sebelah macam kak ziana*. Safee sali juga dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Kasut Emas.

hambek kau. hempap dia! ;p

SAFEE bersama trofi penjaring terbanyak kejohanan yang diterimanya. malam tadi.

Okay sampai sini saja, nak ulas banyak banyak pun mata bangku lah pasal bola. haha =) selain tu Selamat Tahun Baru kepada semua blogger, follower, stalker. 

* Takziah juga kepada keluarga pelakon arwah faizal yusof. al-fatihah
T_T





Monday, December 27, 2010

New Year

Just another few days , we're going to enter the new era of 2011. Hello 2011 and sayonara 2010. 
well, lets kept the memories of 2010 in our heart. 

My wishlist for this upcoming new year are gain weight ! thats the most impossible wishlist to fulfill. haha. gain money , gain trust ( but trust is earned right? not gain? ) , gain confidence ( lagi lagi untuk presentation, hampeh T_T ) . Its all about gain for next year =) 

Now tell me what's yours ? 

Till then , stay tuned. 
will update the weds cousin picture sooon