* If u ever missed your friends, put your hands up* HANDS UP !
Cube teka ni masa tahun bilaaa punya gambar ? muka macam geligeli kan? hahah. Masa ni rasa dah cantik sangat dah bergambar macam ni =p mesti pernah tengok balik gambar2 lama lepastu duduk dengan kawan pastu gelak terkekek2 yang sampai merah padam punye muka kan kan kan? tipu kalau tak pernah. haha okay berbalik pada soalan tadi. Masa ni form5 kalau tak silap, time ni pergi berbuka bersama mereka di Times Square. Kiranya gambar ni dah berusia 3tahun lebihlebih kot (sebab sekarang da duapuluh kan, macam tak sedap je bunyi puluh puluh tu , tapi tu semua nombor sahaja, muke tatap mudaa =p )
Motif upload picture ni balik sebab rinduuuu.
- Rindu kawan2 masa sekolah
- Rindu sekolah
- Rindu dorm
- Rindu dewan makan tu walaupun dia masak tak sedap (tapi hari rabu special, nasi ape ye namanye, briani kot lepastu ada aiskerim jugee , be jealous )
Rinduu juga nak ponteng kelas physic dan paling penting sekali rindu nak tidur di sebalik buku yang bertimbun timbun. tehee. alaa mesti biasa buat kan , buat tembok tinggi2 guna buku , ha lepas tu manfaat kan tembok tu masa kelas sejarah tak pun agama. Orang kata budak sekolah teknik kuat tidur dalam kelas. haha taktau lah kenapa. yang pasti itu macam adat turun temurun. Oh ya, harapan terakhir, harap harap dapat reunion balik ramai ramai =)
*hugs*
p/s-sadly becos this is the only picture that i had. others are corrupted. =(