Monday, November 22, 2010


Hello follower2 (if ada lah , hehe) lama rasanya tidak menjenguk ke blog ni yang sudah berhabuk dan bersawang sawang. kalau nak dibandingkan dengan blog blog yang lain, memang ketinggalan zaman lah jawapnya kan. 
mana tak nya, setiap satu bulan 1 entri, ha perasan tak perasan tak ? takpun dua tiga bulan  satu entri. macamane lah nak masuk Top 10 Hottest Malaysian Blogger. hehe. Alasan kali ni , emm ape yee, HAA! yelah akhir2 sem ni bak kata omputeh ' Final is just around the corner', saya pun menyiapkan diri untuk bertarung di medan peperiksaan. haha tapi macam tipu je kan kan sebab facebook / twitter / tumblr boleh je update. peace. ;p 

Sempena Semester Break ni saya akan cuba meluangkan sedikit masa (sebenarnya banyak gila masaaa sampai tak tau nak buat ape pun ) untuk tacap sikit blog saya yg kusam dan lembam ni. Tapi setakat ni tiada yang menarik untuk dikongsi bersama sama. haa apa kata cerita pasal 'final exam' haritu lah. boleh lah boleh la eh ?

First sekali, Alhamdulillah ke lima lima subject boleh la buat. Ada la berkerut2 sikit dahi time buat exam tu tapi tak la sampai menongkat dagu pandang kiri kanan . teehee. First paper on 30th oktober, tapi sebelum tu ada dua minggu gap. haa ternganga taktau nk buat apa. dan sememangnya saya keturunan last minit. lagi last minit   lagi sempurna rasanya. Tapi diri ini amatlah bernasib baik mempunyai seorang yang istimewa *ehem* yang sangat prihatin terhadap carrymark2 yang ciput jugaklah kalau nak dibandingkan dengan sem sem sebelumnya.

 Maka sekali lagi kami bertapa di McDonald's yang menjadi pilihan bukan saja kami bahkan menjadi pojaan setiap pelajar. Dari lendu ke Ayer Keroh , takpun ke Bandar Melaka tidak kira siang ataupun malam ( kecuali pagi , sebab pagi masa untuk menikmati tidur ) McDonald's juga yang menjadi pilihan hati. Sampaikan dah boleh hafal shift (maaf tak tau eja ) kerja abang abang dan kakak di situ. Kami juga begitu cepat update dengan perkembangan terkini produk McD ( ye lah kalau kau dah duduk situ 24/7 mana taknya, kalah pekerja sepenuh masa dia) contohnya McChicken Supreme. Seperti namanya McChicken Supreme ini merupakan burger ayam istimewa yang dilengkapkan dengan kepingan ayam ‘smoky’ selain turut disertakan dengan kepingan daging burger ayam istimewa!.( di sini saya selitkan sedikit iklan supaya tidaklah boring membaca entri ini, kasik terliur sikit. slurrp)


okay back on track kawan2. hehe.Perjalanan kami tidak terhenti di situ saja , Starbucks pula yang menjadi tempat persinggahan kami sehinggakan salah seorang daripada pekerjanya menyapa kami ' welcome back' hahahah.  (rasa malu tapi rasa bangga jugak sebab dah dikenali ;p ) Selepas berhempas pulas membelek2 buku dan kelepet2 mukasurat , conteng sana sini, highlight sana sini, rambut gugur sana sini, dandruff sana sini sebab baca law , kami berasa lega kerana apa yang ditanya ada tersemat di dalam otak yang telah padat dan mampat dengan ilmu (kononnya )

Selain final exam yang wajib setiap pelajar semester 5 digalakkan untuk mengambil peperiksaan MUET , ha tau kan, taktau pergi search google :) MUET akan menguji kita dari segi percakapan, pendengaran, penulisan dan pembacaan. Dalam banyak banyak benda yang diuji, saya paling tidak menggemari diuji dari segi percakapan atau lebih tepat lagi ' speaking test'. Mana taknya, tergagap gagap macam lady gaga nak bercakap omputeh dengan groupmate, sambil kiri kanan diperhatikan oleh pengawas peperiksaan. Untuk pendengaran, penulisan dan pembacaan pula diuji sehari sebelum kami dapat pulang bercuti goyang kaki di rumah. 

Buat masa sekarang ni memang goyang kaki saja lah yang saya boleh buat. Sambil goyang kaki boleh juga lah saya mengemaskini kan blog ini. stay tuned people. 

tengok cik abang ni, rajin kann kann ? 

nanti saya update lagi ya?