Monday, December 27, 2010

New Year

Just another few days , we're going to enter the new era of 2011. Hello 2011 and sayonara 2010. 
well, lets kept the memories of 2010 in our heart. 

My wishlist for this upcoming new year are gain weight ! thats the most impossible wishlist to fulfill. haha. gain money , gain trust ( but trust is earned right? not gain? ) , gain confidence ( lagi lagi untuk presentation, hampeh T_T ) . Its all about gain for next year =) 

Now tell me what's yours ? 

Till then , stay tuned. 
will update the weds cousin picture sooon  

Sunday, December 19, 2010

Bebola Daging Ikea

Hari tu tengok cerita 'cloudy with a chance of meatballs' dekat HBO. gulpp terus telan air liur masa meatballs jatuh dari langit. Lepastu sambil duduk santai santai baca magazine Ikea. gulpp lagi nampak meatballs.Kemudian apa lagi terus serbu Ikea semata mata nak makan meatballs. 


Tapi hari tu pergi sana tak makan meatballs sebab masa beratur dekat kaunter yang panjang mengalahkan kantin sekolah, masa tu mata nak salmon, tekak nak meatballs, nafsu nak muffin nak daim nak chicken wings , akhirnya mata yang menang. saya cuba 'Herb Baked Salmon'. nampak gambar dia macam naiz je tapi bila makan T_T menyesal tak beli bebola daging tuu. Nasiblah anak tekak dapat diselamatkan oleh Almondy Daim cake dan juga Muffin. fuhh. 

Herb Baked Salmon 

Almondy Daim Cake & Blueberry muffin

chicken wings tyra belanja. terimakasih sayang. 

Lepas je makan makan campur borak borak panjang , haruslah tangkap gambar sampai habis battery. alah macam tak pernah buat kan ? *kenyit mata sikit*
'Hantu kak limah balik rumah' pula menjadi pilihan pada haritu. Orang kata kelakar daripada 'Ngangkung'. Bagi saya sama je. taktau lah tang mana yang kelakar sangat tu. Tapi makeup muke 'hantu' kak limah tu memang meninggalkan sedikit kesan, mana taknya malam lepas dah hantar girlpren2 ni balik, terbayang bayang muka kak limah ada dalam kereta. apa lagi tekan minyak kuat kuat dan pecutt. ok dah sampai rumah. bye. mari tengok gambar.

masing masing sedaya upaya nak menonjolkan gaya seksi meksi

peserta peserta pada hari itu

nama awek ni asma amira. tapi takboleh kacau. hepp.

awek ni pulak aqilah nama dia. yg ni green light boleh kacau. go! 

tyra yang bersalut coklat. ilia yang bersalut vanilla. haaha

Audrey Hepburn *tumpang glamour sikit bergambar kat sini*

*The end* 

Friday, December 17, 2010

Rambut


Cuba tengok gambar kat atas ni, sebenarnya nak tunjuk yang rambut tu kira rambut paling pendek yang saya pernah potong selama 20 tahun hidup. Tapi kenapa nak kena ambil gambar yang ada makanan, padahal banyak je gambar lain kann. *tengah lapar sebenarnya, kira 2 in 1 la kan* 

Sambung cerita tergantung tadi, haa masa ni semasa saya sem4.(kenapa nak kena bagitau ni sem berapa ? takpa nanti anda semua tahu. tungguuu) Saya menggayakan *eceyyh* rambut ala ala Posh Becks. Taktau la demam kuning apa yang melanda masa ni sampai nak potong pendek lepas paras bahu. Selalunya istilah rambut pendek bagi saya , sampai bahu je , tu pun da kira cukup pendek da. fullstop. 

sorry terpaksa crop, nak zoom dekat si kerinting nih. hehe

Rambut yang kerinting macam twister fries ni masa sem3. *oh mesti da paham kenapa nak mention sem sem bagai* Masa ni pulak menggayakan rambut ala ala Taylor Swift. So senang bila bukak folder picture dah tau dah rambut kontot tu masa sem4 , rambut kerinting ni masa sem3. Kalau semua rambut sama je kan dah susah nak tau tu gambar zaman bila kan =p 

Antara dua dua rambut yang saya pernah cuba ni , yang kerinting ni paling susah nak jagaa. Pagi petang siang malam nak kene pusing pusing jari kat rambut supaya volume dia kekal. okay tipulah sikit. memanglah ada guna Sunsilk Volume tuh untuk kekalkan tahap kekerintingan dia. 

Kalau yang Bob cut tu pulak senang sikit, lepas mandi hanya perlu blow sikit supaya bentuk dia mantopp gitu. Takperlu guna jari untuk pusing pusing rambut dah. 

Tapi bila dah lama lama , rasa menyesal pulak sebab rambut dah lambat nak panjang. Sekarang ni tengok rambut orang semua panjang panjang , cantik je macam hantu kak limah. ehh tak lah macam hantu kak limah tu. Cantik je rasa macam nak jugak rambut panjang panjang baru nampak ayu sleeping ayu sleeping. nampak Ayu lah. 

Kenapa rambut dah lambat panjang ? Sebab terlalu banyak guna Hair dryer tu haa! Bila rambut dah selalu sangat terkena panas, rambut cepat rosak, proses rambut nak panjang pun dah terbantut. *ini fakta, nampak dalam magazine time punggah punggah nak kemas bilik*.
Lepastu kalau nak guna Hair dryer sila lah pakai apa apa serum atau taruk sikit moisturizer. Jangan pakai bedal je guna hair dryer ye tuan tuan dan puan puan.


Dove damage therapy is ze besttt. *berdasarkan pengalaman sendiri* 





Thursday, December 16, 2010

Mengalah


Ilham di sebalik post kali ni sebab hari tu geramm dengan adik yang paling kicik sekali *aduh ingatkan apa tadi ? haha* Bukan geram yang nak cubit pipi gebu dia tuh. Tapi ada jugaklah geram yang itu. Ini geram yang rasa nak marah lepastu membebel macam mak tiri cinderella tuh. haa paham tak ? siapa ada adik mesti paham. *wink*

Selaluu sangat sangat rasa nak marah kebelakangan ni. Mungkin juga sebab hormon tak berapa stabil, biasalah kaum hawa kan. Ada sekali tuh benda kecikk je tapi disebabkan saya dianugerahkan pangkat kaklong , saya pun menyalahguna kan kuasa yang ada. Marah sampai rasa hati dah puas. Tapi 5 minit je paling lama boleh bertahan nak marah kat si kicik ni, lepastu berhempas pulas pula nak ambil hati yang telah diguris sebentar tadi.

Bukan apaa, bila dah habis lepaskan kemarahan lepastu tengok muka dia balik. alamak muka bukan takat seposen dah, lima sen pun takdapat. Macam 1 sen lah senang cerita. Dahla si kicik ni tempat aku bergurau senda kat rumah , dialah pendengar setia dan juga tukang comment yang paling handal kat rumah. Bayangkan lah even mama pun tanya pendapat dia tentang tudung kaler apa sesuai dengan baju ni baju tu =0


Inilah si kicik yang dikatakata kan tadi. ayish nama glamornya. 

Tapi nama pun budak kicik kan senang je nak pujuk, kasik main game kat laptop. sengap terus bak kata orang kedah. Sekarang ni dia duk syok main fesbuk. kids nowadays. heshh. 

Monday, December 13, 2010

Makeover

Tiba tiba je rasa macam nak makeover ataupun tacap sikit blog yang kusam ni. Dengan harapan kalau entri blog ni tak best dapat lah cover dengan layout yang cun cun sikit kan. cehh.  Blog blog lain semuanya meriah macam nak sambut Christmas dah kan, tapi blog yang satu ni suram je macam rumah kosong yang sudah tidak berpenghuni kan. 


Haa cuba tengok gambar kat atas ni. Kalau boleh nak makeover sampai macam tu sekali. kehkeh * Google image* Buat masa sekarang ni background saya kaler pink sikit banyak, sumpah saya bukanlah peminat kaler pink. tak tau lah kenapa, rasa macam pink tu macam mengada ngada je =p  TAPI ! tak tak bermaksud nak kata siapa suka pink dia ngada ngada. sumpah tak kata macam tu, kaler pink tu yang mengada, orang yang suka pink tak mengada lah. *sambil angkat tangan macam nak berikrar* dah memang kau tak suka pink kan fara macam macam pulak nak cakap. Tarik balik lah pasal pink pink tuh, sekarang ni memang tak ada pebret kaler, if rasa kaler tu sesuai untuk sesuatu benda, haa terus suka! so it doesn't matter whether its pink or what. peace. *sejujur jujurnya barang saya ada je pink, tak tau kenapa, tapi tak ada feeling pun kat si pink ni, dah jadi isu pink ni panjang pulak * boo.

Setakat ni sahaja yang mampu saya tacap. Dah tak reti a.k.a buta IT sekarang. dah tua. haha 

Till then ,

thanks for reading my blog. stay tuned ( 9.08pm) 

Friday, December 10, 2010

Kudos


Rasa terpanggil untuk memberi pujian kepada uitm kerana buat pertama kalinya website student portal tu tak sesak mcm MAHA yang berlangsung dekat upm hari tu. Kali ni result terus dihantar ke email. Pantas dan berkesan. syabas.

Tadi pagi, dapat mesej daripada si girlpren shida pasal result. Lepas je baca mesej terus bangun dari katil tanpa gosok gigi, mandi dan kumur , mata pun bukak separuh je lagi. Tapi disebabkan nak mengelakkan traffic jam kat website , nak tak nakk terpaksa ngadap laptop pepagi buta * tak pagi sangatlah sebab da pukul 10am* 

Lepas dah duduk depan laptop dengan muka toya nye, terus bukak email dan student portal. Bukak email terkejut . tak tak  bukan terkejut sebab result tu tinggi sangat atau ape tapi terkejut sebab first click dah dapat tengok result. Rasa macam mimpi lagi sebab mata pun tak berapa nak bukak sangat kan. 

Lepas tu try kat student portal pulak , sekali click jugak terus dapat. hamek kau. terus keluar result depan mata =0

 Rasa macam pestaim lah tak stress nak tengok result. Walaupun tak tersenarai dalam dean's list tapi lulus semua subject dengan 'flying color' omputeh kata , takpa takpa sem depan kan ada. *pujuk diri sendiri* . sem depan belajar betul betul, jangan main main dah okay. Tipuuuuu tu  semua. Kata kata ajaib tu hanya keluar dan berguna selepas tengok result sahaja.  2 3 minggu selepas masuk sem baru , hampeh seperti sem sem lepas, buku tolak tepi , laptop pula kata mari mari mari tengok movie ramai ramai.  

Tahniah pada yang dean's list dan yang tak deans list tak semstinya teruk. kan? cuba lagi sem depan. =) 

*Sem depan merupakan sem terakhir saya dan rakan rakan di lendu. hip hip hooray =D

Thursday, December 9, 2010

Tidur tak lena


"Tidur tak lena , makan tak kenyang ( tak kenyang ke tak lalu? lupe dah ), mandi tak basah " 

Selalunye peribahasa kat atas ni orang gune bila seseorang tu putus cinta kan ? eh tapi peribahasa ke tu ? *scratch head* tak kisah la apa pun. Kali ni bukan tidur tak lena sebab cintan cintun ni. Bukan bukan tidak sama sekali. Ini lagi ngeriii daripada kisah cintan cintun. Boleh jugak dikategorikan seram. 

Mesti tertanya tanya kan ape la tuan punya blog ni nak sampaikan. haha. okay sebenarnya kali nak cakap pasal results ataupun bila dimelayukan keputusan. Sebelum pergi lagi jauh, saya 'wish good luck' pada semuaa yang sedang menanti atau lebih tepat lagi sedang meng 'refresh' website student portal tu beribu baban kali. Musim tidur tak lena ni kembali lagi menghantui kami. heshh. tak suka la tak suka! 

Dua situasi yang menyebabkan tidur tak lena kali ni, first sekali mestilah sebab dada ber dup dap dup dap nak tengok apa hasil setelah mentelaah berjam jam lamanya dekat McD hari tu kan, sampai tidur pun tunggang terbalik macam batwoman. Situasi kedua tidur tak lena sebab duk tekan 'refresh' button tu beribu baban kali. Kalau yang dah dapat login tu kira da boleh buat sujud syukur sebab dapat login. bukan senang tu nak login, orang terpilih je dapat masuk , hampeh T_T  Dapat login pula tak bermakna result tu *pop* keluar depan mata. tak takk kene tekan 1 link baru boleh tengok. tu pun seperti biasa button refresh lah menjadi pojaan. 

'SuFO is now open beginning 6th September to 17th December 2010. Please be reminded NO SuFO NO Result'
***Keputusan peperiksaan anda hanya boleh dilihat sehari selepas anda melengkapkan SuFO. Harap maklum.

Okay kali ni  'no suFo no result'   T_T 
SuFo tu menatang ape? macam bunyik UFO je kan. SuFo tu student feedback online. Pada yang belum, sila sila lah merajinkan diri untuk menyufokan diri anda. *nasib dah buat , fuh * 


p/s : Good luck guys ^_^ 
5.45pm






Wednesday, December 8, 2010

Back to December


Hello December, here we go again ( : 
Since its december,obviously we're about entering year 2011. whoaa. bye bye 2010. But before that has your wishlist for 2010 accomplish? Mine is never accomplish! haha. nevermind bcos i dont really make my wishlist ;p
Till then lets think about our new wishlist , im not saying that we should just throw away the old wishlist, but maybe we can improve or add the wishlist. *wink*