Cuba tengok gambar kat atas ni, sebenarnya nak tunjuk yang rambut tu kira rambut paling pendek yang saya pernah potong selama 20 tahun hidup. Tapi kenapa nak kena ambil gambar yang ada makanan, padahal banyak je gambar lain kann. *tengah lapar sebenarnya, kira 2 in 1 la kan*
Sambung cerita tergantung tadi, haa masa ni semasa saya sem4.(kenapa nak kena bagitau ni sem berapa ? takpa nanti anda semua tahu. tungguuu) Saya menggayakan *eceyyh* rambut ala ala Posh Becks. Taktau la demam kuning apa yang melanda masa ni sampai nak potong pendek lepas paras bahu. Selalunya istilah rambut pendek bagi saya , sampai bahu je , tu pun da kira cukup pendek da. fullstop.
sorry terpaksa crop, nak zoom dekat si kerinting nih. hehe
Rambut yang kerinting macam twister fries ni masa sem3. *oh mesti da paham kenapa nak mention sem sem bagai* Masa ni pulak menggayakan rambut ala ala Taylor Swift. So senang bila bukak folder picture dah tau dah rambut kontot tu masa sem4 , rambut kerinting ni masa sem3. Kalau semua rambut sama je kan dah susah nak tau tu gambar zaman bila kan =p
Antara dua dua rambut yang saya pernah cuba ni , yang kerinting ni paling susah nak jagaa. Pagi petang siang malam nak kene pusing pusing jari kat rambut supaya volume dia kekal. okay tipulah sikit. memanglah ada guna Sunsilk Volume tuh untuk kekalkan tahap kekerintingan dia.
Kalau yang Bob cut tu pulak senang sikit, lepas mandi hanya perlu blow sikit supaya bentuk dia mantopp gitu. Takperlu guna jari untuk pusing pusing rambut dah.
Tapi bila dah lama lama , rasa menyesal pulak sebab rambut dah lambat nak panjang. Sekarang ni tengok rambut orang semua panjang panjang , cantik je macam hantu kak limah. ehh tak lah macam hantu kak limah tu. Cantik je rasa macam nak jugak rambut panjang panjang baru nampak ayu sleeping ayu sleeping. nampak Ayu lah.
Kenapa rambut dah lambat panjang ? Sebab terlalu banyak guna Hair dryer tu haa! Bila rambut dah selalu sangat terkena panas, rambut cepat rosak, proses rambut nak panjang pun dah terbantut. *ini fakta, nampak dalam magazine time punggah punggah nak kemas bilik*.
Lepastu kalau nak guna Hair dryer sila lah pakai apa apa serum atau taruk sikit moisturizer. Jangan pakai bedal je guna hair dryer ye tuan tuan dan puan puan.
Dove damage therapy is ze besttt. *berdasarkan pengalaman sendiri*