"Tidur tak lena , makan tak kenyang ( tak kenyang ke tak lalu? lupe dah ), mandi tak basah "
Selalunye peribahasa kat atas ni orang gune bila seseorang tu putus cinta kan ? eh tapi peribahasa ke tu ? *scratch head* tak kisah la apa pun. Kali ni bukan tidur tak lena sebab cintan cintun ni. Bukan bukan tidak sama sekali. Ini lagi ngeriii daripada kisah cintan cintun. Boleh jugak dikategorikan seram.
Mesti tertanya tanya kan ape la tuan punya blog ni nak sampaikan. haha. okay sebenarnya kali nak cakap pasal results ataupun bila dimelayukan keputusan. Sebelum pergi lagi jauh, saya 'wish good luck' pada semuaa yang sedang menanti atau lebih tepat lagi sedang meng 'refresh' website student portal tu beribu baban kali. Musim tidur tak lena ni kembali lagi menghantui kami. heshh. tak suka la tak suka!
Dua situasi yang menyebabkan tidur tak lena kali ni, first sekali mestilah sebab dada ber dup dap dup dap nak tengok apa hasil setelah mentelaah berjam jam lamanya dekat McD hari tu kan, sampai tidur pun tunggang terbalik macam batwoman. Situasi kedua tidur tak lena sebab duk tekan 'refresh' button tu beribu baban kali. Kalau yang dah dapat login tu kira da boleh buat sujud syukur sebab dapat login. bukan senang tu nak login, orang terpilih je dapat masuk , hampeh T_T Dapat login pula tak bermakna result tu *pop* keluar depan mata. tak takk kene tekan 1 link baru boleh tengok. tu pun seperti biasa button refresh lah menjadi pojaan.
'SuFO is now open beginning 6th September to 17th December 2010. Please be reminded NO SuFO NO Result'
***Keputusan peperiksaan anda hanya boleh dilihat sehari selepas anda melengkapkan SuFO. Harap maklum.
Okay kali ni 'no suFo no result' T_T
SuFo tu menatang ape? macam bunyik UFO je kan. SuFo tu student feedback online. Pada yang belum, sila sila lah merajinkan diri untuk menyufokan diri anda. *nasib dah buat , fuh *
p/s : Good luck guys ^_^
5.45pm