Sunday, September 4, 2011

Aidilfitri 11

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin semuaa (: 
Macamana raya kali ni? banyak tak dapat duit raya? dapat makan ketupat daun palas tak ? baju raya berapa pasang? apaapa pun bersederhanalah kamu *cewah pandai nasihat orang*
maaflah sebab rasa macam nak buat very short entry. hehe. at least ada daripada tak ada langsung kan.

Maklumlah mood raya duk ada lagi, andd this is my last week before i continue my study in degree. uhh rasa malas begitu menggunung tinggi ! bayangkan empat bulan cuti bergoyang kaki, and next week dah nak start belajar. i think i even forgot how to use the pen. confirm lah tulisan macam cakar ayam takpun tulisan doktor =.=

last but not least, selamat hari raya again ;)) 

*lately, cerita cerita raya semua tak best kan? 
dah takdak modal kaa pengarah huii? 


Friday, August 26, 2011

..continue..

Assalamualaikum :')
kali ni nak sambung pasal tips tips yang tergendala beberapa bulan yg lepas. erghh da basi.
tapi dah janji , and here i am. That day we stop till num 10, so here we go to 11.

11. Blink more. To anyone out there who is addictive to the internet, ur eyes might be dry and causing a red eyes. so here what you can do, take a two minute screen break every half-hour. Close your eyes then stretch your eye muscles by looking at something in the distance. *try this!*

12. Wear flats if you can. i think everyone know about this. yes heels can make u looking hot and gorgeous. but dont wear them too often. 

13. Eat veggies. yes walaupun ianya pahit dan hijau , tapi kalau nak kurangkan risiko stroke, heart disease and certain types of cancer, makanlah sayurrrrr. *even i dont like veggies. hehe* 

14. Watch a comedy show. Laughter can release good hormones that reduce and shut down negative self-talk. plus, its good for your tummy muscles- which is lot more fun than doing an exhausting sit-ups.

15. Find a peaceful place to escape. kekadang berikan ketenangan kepada dirimu. cewahh. anyway it can reduce your stress too. so chill out people. 

16. haa okay yang ini confirm ramai pun dah buat. Sing in the shower. it can calm us down and relaxing our mind. 

17. Sit up staright. a healthy spine position is important. etc, when you're in front of your pc, your eyes should be in the middle of the screen, with elbows, knees and hips at 90 degrees. haa hamik kau. okay untuk tulang belakang awak jugee =)

18. Find a sport you love

19. STOP comparing yourself to others. by accepting and making peace with the people, you'll shut out a lot of negative self-talk and open up your life to good times.

20. oh okay dah takde. selamat mencuba. peace (:

Monday, August 8, 2011

serious disease

Assalamualaikum semua (: 
before i write some piece of cit (sh*t sebenarnya tapi hormat lah bulan puasa =p ) about me, i wanna wish Happy fasting (Selamat menyambut Ramadhan al-mubarak) to all muslim. Puasalah kamu sebelum kamu dipuasakan? eh ada ke? =.=

Sempena bulan yg mulia ini, cewahh. saya ingin memohon maaf jika ada tersalah, termaki, termarah or apa apa yang 'ter' lah, lagi lagi sebab selalu terlambat update blog ni. maafkan yer? *nyampah jer dengar kan? * 

my serious disease is ... urm .. i am too lazy to update my blog. kalau boleh upah orang tuliskan blog dah upah agaknya. tsk tsk. pemalasnya perempuan ni kan. ni pun rasa terpanggil nak berceloteh sebab baru blogwalking blog blogger2 tersohor. Disebabkan rasa taknak kalah yang menebal , lalu yes here i am. to write some piece of cit about me.  here we go ..!

first of all, tips tips entri sebelum ini akan disambung di episode entri yang akan datang yang entah bila agaknya akan di update. sorry about that. hehehe. oh yaa, saya sekarang sah bergelar seorang penganggur yang tegar.31st july is my last day at kitschen. yayyy me! i quit a day before puasa. nice one kan? 

setelah tiga tahun lamanyaa berpuasa di lendu , finally this year dapat juga puasa di rumah. alhamdulillah dapat makan ayam percik setiap kali sahur. terima kasih lah uitm sebab bagi cuti yang panjang bebenor. see everything happens for a reason. 

and after puasa i'll be continuing my studies in degree accounting at malacca again. heshh okay lah melaka daripada dungun, segamat  perak, jengka. no wayyy. and insyaallah my convocation will be held on oct. yayy alhamdulillah grad setelah berhempas pulas menyinsing lengan belajar di melaka.

lets stop here. stay tuned people ;)



Monday, June 27, 2011

Show ur body some serious love !

Evening everyone. how are you today? sihat kah ? sakit kah ? anyway today im going to share some tips (which i read from one of the mag) heheee. dah ready nak tau ? go and take some paper and pen first , maybe u can write down some goods tips.


here we go ..! 

1.Tukar xtvt masa lapang anda! Kalau boleh instead of on9 24/7 ngadap laptop sampai muka pun pucat lesu dah sampai jadi warna putih, tukarkan xtvt tu dengan bike riding , hiking ataupun bersukan. pendek kata aktiviti luar rumah lagi bagus sambil tu boleh hirup udara segar itupun kalau udara kat tempat korang beriadah tu segar. hehe *note to myself too*    

2. Banyakkan makan bijirin a.k.a wholegrain. kalau nak tenaga banyak , haa banyakkan makan bijirin sebab they give us long-lasting energy. and apart from that, bijirin dapat melindungi kita daripada penyakit. contohnyaa diabetes * nak tau lebih lanjut jumpa doktor pakar yee* =p 

3. Stay close with your family and friends. sebab musababnya kene buat cenggini, bila kita stay close dengan orang yang kita sayang, hati kita pun gumbira, jiwa pun tenang. pendek kata bila hati dan jiwa takde masalah, tak lah kita pressure sana sini dan badan kita pun kekal sihat. insyaAllah. *try dulu baru complain okay adikadik*

4.Jangan terus berus gigi lepas makan. tunggu sekurang-kurangnya 20minit, lagi lagi kalau korang baru je telan acidic foods contohnya buah buahan. Enamel gigi korang jadi lebih lembut lepas makan benda acidic tadi, so paham paham ler , mestila korang taknak gosok terus kan. *nak kene bagitau mama pasal ni *
5. Kunyah perlahan lahan. okay this is my major! haha. i chew my food slowly. ahh really enjoy the food, hehee ;p nahh back to the topics, Kuantiti makanan kita berkait rapat dengan kekerapan kunyahan kita. Panjang kata, kalau kita kunyah laju2, telan nasi pun seketul2, makanan yang dah ditelan masuk ke perut tu kemain susah nak hadam. plus u will craving for some other food! so bila dah makan banyak, pastu badan pun naik, pastu mula lah berceloteh nak diet. hehe. KALAU kunyah perlahan lahan, kita akan jadi cepat kenyang and makanan dlm perut pun jadi senang nak hadam. ha pastu boleh lah sarung legging dengan girang. *sebab dah kurus*

6. Leave work on time. workaholics selalunye cepat resah, risau, lesu, pening kepala, digestive issues and relationship breakdown. SEBAB satu je, kau dah terlalu taksub dengan kerja maka terjadilah symptom symptom di atas. Orang yang kerja 10-12 jam sehari ada sekurang kurangnya 56% risiko untuk terkena heart disease berbanding orang yang hanya kerja 7jam sehari.* i have to tell my manager about this! hahah* 
 *jangan sampai bantal pun nampak macam laptop ye workaholic di luar sana* hehe

7. Pretty please wear a sunscreen. Mungkin ramai yang tak sedar sunscreen ni sebenarnya dah sama penting dengan bf/gf korang? According to National Skin Centre Website, skin cancer is the 7th most common skin cancer in singapore and the number is climbing up. So pakai topi, and pakai sunscreen SPF30+ sebelum tunjukkan diri anda dgn matahari. Selain boleh protect kulit kita, dapat juga kurangkan kedutan di muka yang bakal tiba seiring dengan usia. tsk tsk 

8. Percaya pada si dia. mesti pelik kan ape kena mengena dengan body kita? okay here we goes, satu hari nanti atau sekarang ni , bila korang dah jumpa mr.right ataupun lelaki yang baik, relaks kan minda anda dan jangan selalu meragui pasangan anda. bcos doubting our partners can DOUBLE the RISK OF HEART PROBLEMS. u got it ? get it? then do it right. it also can literally break your heart. *note to myself too* =) 

9. Lebihkan sayur dan buah buahan. semua orang pun tau buah dan sayur banyak khasiat nya! bukan banyak tapi terlalu banyak. tapi yer saya paham, sayur tak sedap, ada yang pahit, ada yang rasa pelik. tapi kalau nak sihat mestilah telan benda pahit. kalau hollywood sana, nak cantik mestila suntik sakit2 dulu. so its the same. eh tapi jangan pergi suntik sana sini, banyakkan makan sayur dan buah. kalau tak suka sayur, lebihkan buah-buahan. *okay kau pun sama fara* 

10. Bersyukur. Research has shown that gratitude plays a big part in overall happiness. so mulai dari sekarang, setiap malam before tidur, write down one big or small thing u're grateful for. 

alrighto, sampai di sini dahulu, nak sambung lagi tips tapi takut jadi panjang sangat entri ni, so i'll continue the precious tips in the next entry. 

stay tuned people (:

Monday, June 6, 2011

Expect the unexpected

Assalamualaikum ;) 
how are you people ? *cehh macam ramai sangat je follower* ;) well since its monday today, i can update my blog, bcos monday is my offday. yahuuu. first i want to scream out louddddd bcos *I AM OFFICIALLY GRADUATE*  Alhamdulillah pass with flying colour for the last semester. Thank you Allah. and i think lately, student portal has improved a lotss! no more pressure. good job!

still remember when i mention that i dont really like to work in my last entry. i was wrong! totally wrong. i enjoy doing my work now. but its really tiring. thats normal right ?
im the happiest person in ze world when i get morning shift =D 
but when it comes to full shift, urghh i felt like im  d y i n g. 


These photo taken on Nadia's last day. 
from left azmi, nadia and me. ahh nerdy me. haha


besides me, xin wei, nadia and kak ros. 
*crew kitschen* =P

till then, stay tuned people



Monday, May 23, 2011

At last

Hello people. here we go again, let me tell you about my holidays. My last entry is about the end of my diploma life, so now im on my holidays which is 4months people. im not the happiest person to have 4months holidayy. its boooring, enuff said. same routine everyday, blurgh. 

Tapi tapi tapi, my life has changed. cewahh. takda la berubah sangat. it just that now im employed! ha ha ha. okay sebenarnya impian nak berkerja ni dah terpendam dari lepas spm lagi. Dari umur yang masih gebu gebu 17 tahun lagi. Tapi impian tersebut baru tercapai di usia yang hampir menjangkau 21 tahun. 

Yes, i work there. Di mana itu tidak perlulah digembar gemburkan. korang pun tak hingin nak tahu kan. hehe. Let me tell you about how i felt being an employee. First seronok lah sebab dikelilingi baju baju yang cantik cantik dan handsome.Tapi Ya Allah penatnya berdiri =.= , now i realised i dont like to work. hahaha. tapi macam terlalu awal untuk judge suka atau tidak sebab baru seminggu je terjun ke bidang ni. amboih padahal kau kerja berapa bulan je. 

Penat. yes semenjak akhir akhir ini, itulah ayat fevret ku. Penat yang bosan disebabkan kurangnya orang datang ke kedai. Tapi InsyaAllah masa Mega sale nanti penat sebab letih melayan customer. itu seronok. sedar tak sedar sudah jam sepuluh which is masa yang dinanti nanti , masa untuk pulang ke istana masing masing. 

For the time being, let see how far i can go. maybe 2 or 3 months? haha what a very low low self confident fara. 

till then , stay tuned people =) 
tell me about yours. 

Thursday, May 5, 2011

Diari Diploma

TIGA tahun tu sekejap je kalau dah pejam celik pejam celik mata. Rasa macam baru semalam pakai baju batik keras uitm masa minggu mesra siswa siswi. 

*inilah baju batik keras , in other words, baju kertas. 

Gambar budak hingusan di atas di ambil semasa semester 1. semua muke suci macam pencuci muka safi masa ni. Fringe kat depan tu paling trendy dolu dolu kala. ha ha. konon nak nampak kiut lah tu. Tanpa merapu panjang mengomel tentang sekeping gambar di atas ni. mari kita selami diari diploma season 1. cewah macam diari af9. 

Dalam banyak banyak sem sepanjang diploma, sem 1 lah antara semester fevret saya! Antara sebab musababnye ialah , first sebab masa sem ni lah detik detik perkenalan dengan eree. Bermula selepas pulang dari xtvt kokurikulum (alahai skema), pertemuan pertama di pasar malam , walaupun dengan peluh yang masam manis tapi maintain. ha ha. Next dapat kenal dengan lots lots of new friends. Nadze , nana, zana, dayah , bella. Paling best jugak sebab dapat sebilik dengan 3 orang senior yang paling NICE sekali. kak beng, kak izzah and syida! 

Lepastu sem 2 ,3 ,4 semua normal macam biasa. banyak benda yang berlaku, happy moments, sad moments. kalau nak cerita kalah pulak episod samarinda kat tv3. so we gonna skip this part. Masuk sem 5, kitaorang semua kene duduk luar. Masa tu jugaklah nak kene cari rumah, cari housemmate . end up nasib jumpa semua housemmate yang okay jugak (: 
through tick and thin kan ? hu hu. 

* this is my housemate, except no 2 from the right. liza and shahmi is not in the picture. campur tambah tolak semua 8 orang ahli rumah kitaorang ;) 

Tadi sem 5 kan? sekarang masuk sem 6. sekejap je dah 6 sem , which is tiga tahun berlalu. nothing much to story about this sem. semua orang busy dengan big presentation, too bad. but moments best dapat pegi PD dengan housemmateku. Even though semua busy but we guys really cherish every minute and seconds of our last semester. few pictures of my pre-graduation lunch. oh lupaa nak habiskan diari dengan betul. last paper on 30th of april and thats mean the end of diploma. insyaallah and alhamdulillah =)





*The end of diary. i bet this diary is boringg compared to af9 yang memang dah boring. haha.
there's no more of this diary for season 2. ha ha. 
*lama tak menulis make me awkward. later people. 








Friday, March 25, 2011

Flavors.me

Back then, when i was in form3, the most popular social website is MySpace, friendster and Yahoo Messenger. i was like 24/7 in front of ze laptop. thats normal right? myspace is very addictive. used to be addictive. 

Now people has moved to Facebook which is more way friendly user. Even all the parents now have their account on FB. this iz crazieh. we have lots of social website such as skype , tumblr , twitter, Tagged, Lookbook, bebo and blabla. 

okay thats not the point of this entry. Have u guys ever heard about Flavors.me ? why don't u guys give it a try. u can make your own homepage. 

this is mine, farawwr . we can mixed up all our favourite website in one page (: Have fun

Amigo's

Hello peeps! Look who's back from loooooooong absence. =P As usual and  the same reason is i've been busy with those assignment, quizzes, test and  presentation. Senior year was too busy. Especially when u love to do things last minute. but still last minute will gve u superb outcome. Do try! HAHAHA ( gelak syaiton) okay crap, jangan tiru aksi last minute.

Nothing much to share actually. Its been a decade since i've wrote, i have no idea on what to talk about. It always the same routine, class - home - class again - discussion -class - home and blabla. Okay if u guys still remember, i had this one entry before about 'le tour'? Okay lets continue about that stuff. Last feb on 14th, me and boyfie had some dinner at Amigo's. err what? oh no ofcourse we're not celebrate Vday! that was just another random dinner. As for me 14 feb is nothing, we can cherish love every single day *wink*

Amigo's restaurant popular with western food, it is located at Bandar Melaka. Nearer to the Mahkota Parade actually. before i forget, they're making sushi as well. lots of sushi i guess. since im not a big fan of sushi, i think they had more than enough. Lets picture continue to do the talking (:


Special decoration for Vday. its lovely!

lots lots of people on  Vday night. we had to queue for the table 

California Maki was not bad

Steak! we had this steak with sushi fried maki. Special set for a Vday with special price.its worth it!



and that was mushrooms soup with ginger bread. and please guys do not order this. taksedaplangsung.

im done writing.
stay tuned people ;) 
Assalamualaikum. 


Saturday, February 19, 2011

PiDi with ze housemate

Hello guys. here i am again, to write some piece of story about things that happened around me. In this entry, maybe i'll write less and put loads of pictures. Lets picture do the talking.
what picturee ? what talking?  to make it clear, last weekend, me and ze housemate went to Port Dickson to release tension. Not really to release tension but for a vacation. cehcehh.

We rent up an apartment ( Marina ) there for only 2 days and 1 night due to the short weekend. Lepastu sampai sampai je dah nak bersumo dengan owner apartment tu. * okay lupa pulak. tiba2 je switch language without bagi warning, tukar language sebab cerita lepas ni lebih sedap dengar dalam bahasa ibunda kita * Ha ok kembali kepada kisah tadi, sampai sampai dekat Marina apartment tu, check in seperti biasa. 

Kalau dah congak tambah tolak semua , 7 orang lah yang mengikuti rombongan cek kiah ni. Konvoi 2 kereta pergi PD. Nak sumbat 1 kereta kalau boleh , tapi apakah daya sorang pun tak bawak kereta Alza ataupun Unser. Bila owner tu nampak kitaorang ni muda muda macam budak hingusan mulalah dia nak pancing sana sini. 

Owner tu kata polisi tempat dia , 1 rumah tu 3 orang sahaja boleh sumbat. Padahal rumah tu besar. i tell you. Nasiblah kitaorang ni bawak big sister ikut sekali. So kitaorang cakap kereta 1 lagi tu akan balik malam ni. and owner tu pun setuju lepastu siap cakap lagi, malam ni pukul 8pm dia datang buat spotcheck. lol. Lepas dah habis berperang mulut dengan owner tu kitaorang pun parking and angkut semua barang2 naik bilik. 

Tiba tiba one of us yang uruskan check in tadi dapat incoming call dari owner tu. teka la teka la apa yang owner tu cakap. haa dah teka? Dia cakap kenapa macam semua 7 orang sekali bawak barang naik atas. GILA STALKER! Lepastu macam biasa cakap 8pm baru nak chiow. 
bla bla bla bla... malam tu pukul 8pm dia takpun naik wat spotcheck. gertak je lebih. cehh. buat hilang mood je awal awal datang. 

Dont waste our time by reading all blabbering about that setupid owner. lets take a look at the pictures. 














Muka shida terharu dapat kek. hehe

Kepenatan ..


The end. till then, stay tuned. 
Tiba tiba realized something, tadi kat atas kata nak write less kan? tapi banyak pulak perenggan. Ni dah kira bukan rumusan, ni dah cerita panjang yang mesti melebihi 350 perkataan. haha. =p

Tuesday, February 1, 2011

Just so u know

Semalam dah kongsi sesuatu. Hari ini ....  kau datang riang , eh ternyanyi pulak, bila suruh karaoke malu malu meow. Okay hari ini rasa rasa nak berkongsi pendapat. macam poyo je bunyi dia kan. Ini hanya pendapat sahaja okay. Takut nanti ada pulak yang kata perasan bagus. 

Dolu-dolu kala saya ada jugak taruk lagu dekat blog saya ni. Dengan niat nak memeriahkan blog yang kusam ni. Dari lagu Mike posner kemudian tukar rentak ke Auburn. Lepastu tetiba tersentap bila baca blog ezhan  ni. Okay tipu la bukan sentap tapi betul apa yang dia kata. 


Ada baik dan buruk pasang lagu dekat blog ni. saya tak ingat mana 1 entri dia. banyak sangat. Dekat blog ezhan ni banyakk gila lembu (asek gune vavi je kan) tutorial dan juga tips. so silalah belek belek blog dia. Haa okay sambung cerita, lepas da baca tips pasal 'pasang lagu dekat blog' tu terussss delete code lagu. Haha.
Bukan ape, memang kadang2 bila lagu dekat blog orang tu best kita akan kerap view blog dia kan.? Tapi bayangkan la mood tengah jiwa kacau pastu keluar pulak lagu yang tiba tiba, lepastu gagah nak cari mana player dia supaya boleh tekan button pause. itupun kalau tuan empunya blog tak hide player tu. kalau hide dah terus hilang mood si pembaca tadi. 

Mungkin juga sesetengah orang akan memainkan beberapa buah lagu dekat wmp (window media player) sendiri. * ceh ayat da macam pembaca berita tb1 dah* =p So tengah sesedap layan lagu yang dibuka sambil nak baca blog , tiba tiba lagu yang dekat blog tu kelua. haa kan dah potong stimm ajaa. duhh. 

Amaran keras : ini hanyalah pendapat semata mata. tak ade kene mengena dengan kau, kamu , awak dan you. 

saya akhiri kata dengan assalamualaikum wbt.
peace no war (:

Saturday, January 22, 2011

Le tour

Pagi semua. Kepada yang menyambut Thaipusam, selamat menyambut hari raya awak yer =)
sori lambat wish pulak.
Tapi rasa nak marahh, kenapa melaka tak hambik cuti thaipusam ? cis cis. tapi tak mengapa. Tolong ingatkan aku cuti chinese new year tak lama lagi. Lagipun ada rumors yang mengatakan Uitm akan buat system baru. Dipendekkan cerita, sem break ni 4 bulan la cuti. *sila jealous sekarang* hehee

Since this is my last semester for Diploma, i dont really care about ze sem breaks. All i wanna do is Le tour de Malacca. Haha. majoriti akak akak abang abang part 6 ni rata rata mempunyai hajat yang serupa. Sebelum ni tengok wayang, makan roti nan marvelous lepastu balik. Padahal melaka ni tempat bersejarah, confirm confirm banyak tempat menarik untuk dikunjungi. 


Tanpa membebel panjang, jum kita skip terus ke tempat tempat menarik. Jonker walk street antara yang ter hot dekat melaka ni. Jonker walk street ni macam pasar cina yang menjual pelbagai jenis barang2. As for me, i bought my childhood game there! snap card, old maid card , donkey card and stick yang color tu. bring back memories kan? Tapi hargaa dia cekik darah sikit lah, rm2 satu. 




Kalau dalam hati ada taman .. eh silap. kalau rasa berkenan dalam hati. marilah datang melaka.  Jonker walk street available from friday - sunday. Niat di hati nak jadi tourist guide tapi tak berapa  kuat dah memori dia bukak pukul berapa. yang pasti tutup around 11 macamtu. 


Bila dah berjalan jalan mesti perut pun turut sama berasa penat lalu mendendangkan beberapa buah lagu bruno mars. Jum kita terjahhhh tempat makan best kat melaka pulak? Kira ni tempat yang saya and the gang selalu pergi lah. sampaikan si boyfie dah mesra alam dengan waiter2 kat situ. 


Nama diberi Pak Putra Restaurant, tempat dilahirkan tak jauh dari jonker walk street. Kedai dibuka petang sampai 2 -3 pagi. * baca dengan nada nak berpantun*  Kedai ni tiptop dengan pelbagai jenis perisa roti nan, ayam tandoori dan juga air barbican. Ini antara menu yang terhangat di pasaran je lah, menu lain pun ada juga. *Tapi kalau nak pekena ayam tandoori kena la datang awal sebab ayam cepat habis*


Baju kuning tu tauke besar dia =) 


proses pembuatan roti nan


Ayam tandoori * meleleh air liurr* 

another side dish , spinash nama dia. boleh jadi popeye terus


Nama pun melaka bandaraya bersejarah kan. so memang berduyun duyun lah museum kalau nak tau. Antara yang saya dah pergi muzium Istana Melaka. naiss lah jugak.
*gambar semuaa belum upload lagi. later ok? *



yang ini pula church x silap saya. St Paul church. Dalam tu banyak gila hantu. hoi mulutt! banyak kubur kubur orang lama.


Setakat ni sajaa yang boleh upload. yang lain bukan taknak cerita, tapi kalau semua cerita dalam 1 entri mesti korang pun muntah darah nak baca. nekstaim saya update lagi.


chiow sin ci. 









Wednesday, January 12, 2011

Hijab

Di petang khamis yang bosan ini, sedang saya meng goggle bahan untuk business plan ETR,   menggodek godek blogger blogger yang tidak asing lagi *ceywah* , tiba tiba rasa sangat tertarik tarik bagaikan ada magnet dengan wanita / gadis yang memakai hijab. seriously. They're all cute and prettayyy. *menutup aurat ofcourse* =)


Mungkin ramai yang dah kenal dengan Hana Tajima. Tapi saya introduce sikit pasal dia. *just in case ada yang masih lompat lompat  ingin tahu * Hana Tajima ni campuran British Japanese, juga seorang designer yang juga sudah convert islam 5 tahun yang lepas. Nak tau bila Hana tajima mula pakai hijab ? 


1. Tell us the moment you decide to wear hijab ?

I started wearing the hijab the day I took my shahada. I came to Islam in a really natural way and it was all a part of that. On a personal level it was a good way to distinguish what had gone before in my life, to what was in front of me.

nak tahu lebih lanjut tentang interview dengan si cantik manis ni? click sini

Rasa tercabar kan tengok bangsa asing pun boleh martabatkan hijab tu. kita bila lagi? *insyaallah one day* 

Selain Hana tajima ni , saya suka sangat sangat tengok gaya si nurul comel nih. The next hana tajima maybe? =)  Sangat confidence dengan gayanya. nak sikit confidence level awak boleh? ;)  oh yaa tak kurang juga kawan saya seorang ni, Lina Jalil. Cantik cantik cantik. check it out (:



Semester akhir

Lama rasanya tak merapu meraban dekat sini. well, as you know, new semester just started and this is my last semester for diploma *screammmm*! Cepat rasanya masa berlalu, sekejap je dah nak habis dan umur pun dah menjangkau duapuluhsatu. muda lagi kan? * angguk cepat* 

Semester akhir ni ada 5 subjek je. amboi bukan main '5 subjek je'. okay tukar sentence. sem akhir ni ada LIMA subjek kot nak kena cover. oh em gee. haha. okaylah apa apa pun. sem kali ni tak silap saya ada 2 presentation penting. Bayangkanlah minggu kedua pun dah start buat sikit sikit untuk presentation tu. Dah takdapat nak honeymoon macam sem sem sebelum. too bad. 

Tapi tak kisahh, sebab kita dah nak grad. tak sabar rasanya. Dari dulu berangan bila grad nanti nak main baling baling topi masa graduation day tu nanti. okay pengaruh cerita omputeh sangat nih =_=



Saturday, January 1, 2011

Khairul Fahmi Che Mat

Mesti semua dah kenal pun dengan nama mamat si khairul Fahmi Che mat ni kan? yes penjaga gol cekap Malaysia. Syabas Pasukan Bola sepak Malaysia sebab anda telah berjayaa menewaskan Pasukan lawan. Eh tapi asal nama tajuk post ni tak letak 'suzuki cup 2010' ataupun 'Tahniah pasukan malaysia' ? asal kau nak letak nama mamat jepun wannabe handsome ni jugak? cis. saja je letak nama dia, baru market sikit , kebetulan market dia tengah melonjak naik sekarang ni. kalah bursa saham kat tv3 tu =p

*Malaysia yang punya tau (sambil buat muka bangga hidung kembang kempis) after 14 years kan? fuhh penantian berakhir. alhamdulillah*

Bak kata zainal abidin dalam rancangan nasi lemak kopi 'o ' saya suka pemain khairul fahmi sebab muka macam jepun kan, lepastu main macam omputeh' 

 Muka jepun kan abe kelate kita ni.

So kiranya lepas ni tak perlu lah nak gila bayang kat christiano ronaldo ataupun Beckham. Pemain negara kita sendiri ada juga yang berbakat. ehem. TAPI,  fahmi ni dah berpunya ye =) 
Bila tengok blog orang lain semuaaaa cerita pasal fahmi. Safee sali pun apa kurangnya kan kan? *angkat kening sebelah macam kak ziana*. Safee sali juga dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Kasut Emas.

hambek kau. hempap dia! ;p

SAFEE bersama trofi penjaring terbanyak kejohanan yang diterimanya. malam tadi.

Okay sampai sini saja, nak ulas banyak banyak pun mata bangku lah pasal bola. haha =) selain tu Selamat Tahun Baru kepada semua blogger, follower, stalker. 

* Takziah juga kepada keluarga pelakon arwah faizal yusof. al-fatihah
T_T