Friday, December 10, 2010

Kudos


Rasa terpanggil untuk memberi pujian kepada uitm kerana buat pertama kalinya website student portal tu tak sesak mcm MAHA yang berlangsung dekat upm hari tu. Kali ni result terus dihantar ke email. Pantas dan berkesan. syabas.

Tadi pagi, dapat mesej daripada si girlpren shida pasal result. Lepas je baca mesej terus bangun dari katil tanpa gosok gigi, mandi dan kumur , mata pun bukak separuh je lagi. Tapi disebabkan nak mengelakkan traffic jam kat website , nak tak nakk terpaksa ngadap laptop pepagi buta * tak pagi sangatlah sebab da pukul 10am* 

Lepas dah duduk depan laptop dengan muka toya nye, terus bukak email dan student portal. Bukak email terkejut . tak tak  bukan terkejut sebab result tu tinggi sangat atau ape tapi terkejut sebab first click dah dapat tengok result. Rasa macam mimpi lagi sebab mata pun tak berapa nak bukak sangat kan. 

Lepas tu try kat student portal pulak , sekali click jugak terus dapat. hamek kau. terus keluar result depan mata =0

 Rasa macam pestaim lah tak stress nak tengok result. Walaupun tak tersenarai dalam dean's list tapi lulus semua subject dengan 'flying color' omputeh kata , takpa takpa sem depan kan ada. *pujuk diri sendiri* . sem depan belajar betul betul, jangan main main dah okay. Tipuuuuu tu  semua. Kata kata ajaib tu hanya keluar dan berguna selepas tengok result sahaja.  2 3 minggu selepas masuk sem baru , hampeh seperti sem sem lepas, buku tolak tepi , laptop pula kata mari mari mari tengok movie ramai ramai.  

Tahniah pada yang dean's list dan yang tak deans list tak semstinya teruk. kan? cuba lagi sem depan. =) 

*Sem depan merupakan sem terakhir saya dan rakan rakan di lendu. hip hip hooray =D